Sunday, February 20, 2011

Dunia~

entah kenapa aku tiba-tiba rasa macam ni.. aku mengaku la kan aku ni memang bongok.. tapi aku ni pon manusia yang ada hati dan perasaan.. bukannya binatang.. biasalah.. manusia ni semuanya sama saja.. takdak yang nak kata lain.. yang nak beza pon cerdik dengan yang bodoh tongong.. tu ja... aku ni memang tak cerdik.. perangai memang macam haram jadah lagi.. bila aku baik,aku memang ok tiap masa.. tapi kalau aku tengah tak OK,paham-paham ja la kan.. manusia mana yang ok masa tengah tak ok?? tapi bila aku dah terasa dengan sorang tu, aku nak dia ambik hati aku balik.. ikut cara dia la macam mana nak ambik hati aku balik kan.. tapi aku tau dia putus asa.. aku memang dah maafkan dia sebelum dia pujuk aku.. bukan apa,aku cuma nak tengok macam mana dia nak pujuk aku balik.. lepas tu pulak, aku nak ambik berat pasal dia.. tapi alih-alih aku yang kena marah.. sebenarnya aku dah terlepas cakap memang adat kat dunia ni macam ni.. bila perlu,dicari.. bila taknak... tapi dia tak dengar.. aku memang terasa sangat-sangat dengan dia malam ni.. aku tau memang diri aku ni hina.. banyak sangat dosa nya.. tapi aku masih lagi manusia yang memerlukan perhatian,kasih sayang,pujian macam manusia lain jugak.. aku terima apa yang hang kata kat aku malam ni.. aku tau hang memang nak kata aku macam tu.. tapi aku tetap maafkan hang sebab aku masih sayang kat hang.. terima kasih sebab berterus terang..

Tuesday, November 16, 2010

17 NOVEMBER 2010 (WEDNESDAY)

Hari ni adalah hari yang paling bermakna bagi umat Islam yang mengerjakan Haji ~ Sebab nya hari ni kita semua umat Islam sedunia menyambut Hari Raya Aidiladha ~ tapi aku merasa sedih (80%) gembira (20%) disebabkan aku dah menyakiti hati salah satu orang yang paling aku sayang iaitu Syamimi Binti Mohd Shaari ~
Entah kenapa aku jadi macam ni tiap kali balik bercuti di kampung halaman aku ~ Kisahnya terjadi disebabkan oleh aku juga ~ Keluaq sampai tak ingat kat dia ~ Padahal boleh ja nak mesej ka apa ka ~ 
Ni tak ~ Mesej pon lambat balas, nak call memang tak dapat la kan sebab kredit telepon pon takdak ~ ADUIII ~ Susah betol nak ubah perangai yang rajin melepak sampai pagi buta dengan membuta sepanjang hari ni ~ Dah cuba macam- macam ubat.Tak boleh juga ~ Payah la macam ni ~ Akhirnya aku pon cuba la teknik mengelak daripada keluaq malam ~ Teknik dia senang ja ~ 
Aku cipta sendiri woo ~ 
Teknik aku ni kena keluaq duit sikit sebab kena pasang ASTRO!
Sebabnya kat ASTRO ni la tabiat aku keluaq malam ni kurang sikit ~ Kalau tak, bukan main lagi aku nak keluaq ~ Aku sekarang ni dok syok punya tengok rancangan- rancangan binatang ni ~ Aku pon dah mula minat benda- benda ni semenjak aku sekolah lagi ~ Aku dok tengok channel tu la sampai aku jarang keluaq malam dah ~ Sebab BEST GILA rancangan- rancangan yang disajikan oleh ASTRO ~ Kalau hampa semua nak tau channel apa aku tengok, aku habaq mai la na??
CHANNEL 550 (NATIONAL GEOGRAPHY WILD)

Sunday, November 7, 2010

HARI INI DALAM SEJARAH~

 macam tak percaya je aku hari ni,malam ni~
apa yang terjadi aku rasa tak sengaja kot~~
bukan apa ~ tadi aku jumpa pulak sorang makhluk Allah ni ~
nama dia aku tak boleh nak bagitau sebab aku ada 
rasa simpati 
dengan maruahnya ~
aku tengah rilek baik punya dengan kawan aku Husni, 
TIBA-TIBA!! 
datanglah seorang ni picit-picit bahu aku ~
aku ingatkan sapa la tadi ~ rupa-rupanya kawan sekolah lama aku ~
dah lama sebenarnya aku tak jumpa dia sejak aku habes 
tingkatan 6..
last-last tadi dia tegur aku dengan Husni ~
lepas dia balik sebab nak menyambut MERDEKA katanya di gelanggang futsal,aku dengan Husni tertanya-tanya macam mana dia boleh ada kat sini ~
dah banyak dah berubah dia tu ~ dah berisi,cakap pon dah 
loghat lain dah ~
jadi orang sini dah ~
tu lantak la kat dia ~ dia nak jadi apa pon lantak la ~ 
aku malas nak masok campoq ~

Saturday, November 6, 2010

Esok Nak Balik Kampong~

rasa malas pulak aku nak balik kampong~hati aku dah rasa berat nak tinggalkan Shah Alam ni~
entah la~aku sendiri pon tak tau sebab apa aku rasa macam tu~
mungkin aku tak dapat nak berpisah dengan kekasih aku yang tersangat aku cintai itu~
sebab hanya dia yang menemani aku kat sini~yang setia masa aku memerlukan dia~
dia ja yang betol-betol memahami diri aku yang NGOK NGEK ni~
orang lain takkan paham~    EXCEPT!!    Bondaku yang tersayang~~
memang aku kat sini hanya ada dia~apa yang aku tak paham tentang pelajaran aku,dia sentiasa ada untuk menolongi aku~memang orang akan kata aku ni takot nak tulis yang buruk-buruk tentang dia~
tapi anda sekalian salah sama sekali~
memang apa yang aku cerita ni betoi belaka~
aku memang bertuah sebab dapat jadi kekasih dia~
dulu aku pon tak sangka yang hubungan kami ni boleh setua ni~
tapi akhirnya??alhamdulillah~ ~hubungan yang kami bina sejak 2007 terjalin sehingga sekarang~
didoakan ke hadrat Illahi semoga hubungan aku dan dia berkekalan hingga ke anak cucu ++...
ni aku dah nak balik esok~tapi aku balik 2 minggu ja~
malas nak cuti lama-lama~
aku dah nak masok semester yang ke-3~
semester depan ni aku hanya ada 4 subjek~
tak banyak~tapi aku pasti ianya mencabar tahap ekstrem!!


INSYAALLAH!! AKU PASTI BOLEH LAKUKAN NYA!!

Mai Kita Tengok Gambaq REV-UP AUTOSHOW!!!


Detektif Conan pakai kereta Wira???


antara kereta-kereta yang masok pertandingan~



TERBAEK!!!!!
I REALLY LIKE IT!!



ku~~jejak~
jalan yang berliku~~
Azroy!!!
hahahahaha~~


Today Is SATURDAY~~

hari ni aku bangun dah la lambat~~
kata nak pi REV-UP AUTOSHOW kat UNISEL,SHAH ALAM~~
tepat pukul 12.00 tengahari aku pon bangun~~
bangun-bangun ja,macam besa la pi mandi,rilek2 jap dalam toilet~~
dah siap pakai baju,seluaq apa~aku teros gerak pi UNISEL~
sampai ja ada la senior sorang ni~
haram betoi~aku tegoq dia siket punya baik la~
dia rilek je buat taktau kat aku~
dia ingat dia senior aku takot??sori la weyh~~aku tak takot dengan hang la~
dah tu,aku jalan-jalan la tengok kereta dengan motor yang masok pertandingan tu~~
perghhh!!!SMART jugak la depa punya design~~
airbrush terbaek~
aku pi plak tengok degree show budak batch berapa aku pon taktau~
aku respect brother sorang tu punya projek major~~
dia terang kat aku dari A sampai Z~
dah macam nak suruh aku beli produk dia dah~
produk dia tak pernah la sapa-sapa pikiaq lagi~
SAWEET~~(tu nama produk dia)
sies aku suka~
yang lain macam hampeh~
nak terang apa pon takdak~
at least tunggu la kat booth masing-masing kan~~
ni biaq macam tu ja~
apa daaa~~
hampa suma nak tengok gambaq-gambaq yang aku ambik???
satgi aku masok kan~